Tuesday, June 21, 2011

PENGURUSAN KEWANGAN SYARIKAT

Sabtu dah Ahad baru-baru ini saya telah menghadiri satu kursus keusahawanan dan perniagaan di Kolej Komuniti Banting. Penceramah yang dijemput khas ialah En. Rosdi Mohamed Pegawai MARA Daerah Kuala Langat. Beliau mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam menguruskan pembiayaan perniagaan. Pelbagai kisah, teladan boleh diambil semasa seminar ini.

PENGURUSAN KEWANGAN
Satu proses mengurus dan merancang sumber dan penggunaan kewangan perniagaan bagi mencapai objektif syarikat

OBJEKTIF PENGURUSAN KEWANGAN
  • Merancang Penggunaan dan Penggunaan dan Keperluan Kewangan
  • Merancang dan mengenalpasti sumber kewangan
  • Mengawal Kewangan Perniagaan
  • Mengurus kedudukan kewangan perniagaan
  • Menganalisa dan melaporkan prestasi perniagaan
KELEMAHAN PENGURUSAN KEWANGAN BUMIPUTRA
  • Tidak mempunyai rekod –rekod perakaunan
  • Menyalahgunakan modal
  • Tidak mempunyai Rancangan Kewangan (Financial Planning/Budgeting/Cash Flow )
  • Sistem penetapan harga yang kurang tepat
  • Terlalu bergantung kepada Modal Pembiayaan
  • Ambilan yang berlebihan untuk kegunaan sendiri ( Personal Drawings ) daripada perniagaan
  • Keuntungan yang diperolehi tidak dilaburkan semula ke dalam perniagaan
  • Kawalan Kredit (credit Control ) yang tidak kemas
MENGAPA USAHAWAN GAGAL MEREKOD URUSNIAGA
  • Tiada Pengetahuan
  • Tidak Penting
  • Sibuk dengan urusan lain
  • Malas untuk mengamalkannya
  • Kaedah terlalu sukar
MENGAPA URUSNIAGA PERLU DIREKOD
  • Daya ingatan manusia terhad
  • Merupakan sejarah dan bukti lengkap perniagaan
  • Tugas manusia semakin rumit
  • Memudahkan penyediaan penyata kewangan
PENYATA KEWANGAN
  • Penyata Perkilangan
  • Penyata Pendapatan (Akaun Untung & Rugi)
  • Kunci Kira-Kira
  • Aliran Wang Tunai

Monday, June 20, 2011

SYARIKAT KERJASAMA KOPERASI

Teringat semasa saya pergi kenduri di Jengka, Pahang. Ada seorang ibu tunggal wakil kepada persatuan ibu tunggal Jengka bertanyakan tentang Koperasi. Saya terangkanlah serba sedikit setakat yang saya tahu. Kemudian saya buat internet research

SYARIKAT KERJASAMA (KOPERASI)
Pada kelazimannya syarikat ini ditubuhkan dan dikendalikan dgn berlandaskan konsep serta semangat kerjasama dan saling bantu membantu ahli-ahli syarikat. Oleh itu kebajikan dan kerjasama adalah dititikberatkan drp pembahagian untung. Jumlah ahli syarikat biasanya tidak kurang dari 100 orang.

DIVIDEN DAN KEUNTUNGAN SYARIKAT
Oleh sebab kepentingan bersama ini diutamakan, di dlm undang-undang syarikat kerjasama, lazimnya terdapatlah undang-undang bahawa pembahagian dividen itu dihadkan tidak lbh drp 10% pd setiap tahun. Sebaliknya keuntungan syarikat tersebut akan digunakan utk kebajikan ahli-ahli dgn cara lain spt dgn memberi biasiswa kpd ahli-ahli syarikat tersebut.

TANGGUNGAN SYARIKAT
Syarikat kerjasama dikecualikan dari bayaran cukai jika syarikat tersebut mematuhi syarat-syarat yg ditentukan undang-undang . Ini adalah hak istimewa yg menjadikan syarikat k/sama itu lbh menarik drp SUB atau SSB. Jadi bagi mereka yg tidak mempunyai banyak modal dan tidak berhadapan dgn pembahagian dividen di dlm satu-satu perniagaan itu, syarikat k/samalah yg sesuai dimasukki.

PENDAFTARAN
Bayaran bagi mendaftarkan syarikat kerjasama ini adalah kecil. Perbelanjaan hanya sebanyak bayaran untuk mencatat undang-undang kecil (bye-law) sahaja.

HAK AHLI
Seorang ahli syarikat kerjasama mempunyai satu undi sahaja di dalam Mesyuarat Agung syarikat. Walaupun ia mempunyai lebih banyak modal daripada ahli-ahli lain.

KEBAIKANNYA
Mudah untuk ditubuhkan
Bayaran pendaftaran yang kecil
Tanggungan ahli-ahli terhad kpd modal yang dilaburkan
Bergerak atas prinsip keperluan dan kebaikan serta kepentingan bersama
Dikecualikan drp bayaran cukai
Modal yg diperlukan adalah secara caruman drp ahli-ahli dan mudah diperolehi

KEBURUKANNYA
Pembahagian dividen dihadkan tidak lebih drp 10% pada tiap-tiap tahun
Tiap-tiap ahli berhak satu undi sahaja, tidak berdasarkan jumlah modal yang dilaburkan
Hanya boleh ditubuhkan dgn bilangan ahli lebih drp 100 orang

Tuesday, June 7, 2011

PETAI VILLAGE KINI DALAM PELBAGAI BAHASA

Versi France

Versi China

Versi English

Dengan menggunakan internet, akhirnya saya berjaya translate petai village Blog kepada pelbagai bahasa. Antaranya bahasa inggeris, china, france, arab dan sebagainya. Cara untuk menggunakannya hanyalah menekan button translation di bahagian atas dan select bahasa yang anda mahu. Mudah dan Senang...Adious

Monday, June 6, 2011

PETAI VILLAGE KINI DI FACEBOOK

Kini Petai Village telah berada di Facebook sebagai Group..dengan adanya group ni pelbagai berita dalam dan luar kampong akan dipaparkan di sini. Untuk join group ini, anda hendaklah mempunyai akaun Facebook dan minta kebenaran daripada admin yang telah dilantik oleh saya. Antara admin tersebut adalah seperti
  1. Zuhaini Johari (creator)
  2. Mohamad Ridzuan
  3. Shariff hamzah
  4. Pok Nek 'Corrie'
  5. Jaieng Wahab
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan berita dan pendapat di dalam group ini. Setakat ini hanya 36 orang sahaja yg telah berdaftar dengan group petai village.