Monday, October 17, 2011

Check Pendaftaran Nama Syarikat

Semua syarikat perlulah mendaftar nama syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM). Buat masa sekarang SSM belum lg menyediakan perkhidmatan mendaftar secara online. Sesiapa yang hendak daftar syarikat hendaklah ke cawangan SSM yang berdekatan. Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca bagaimana kita hendak pastikan yang nama syarikat kita tidak bertindih dengan nama syarikat orang lain melalui website


Langkah 1: Pergi ke website di atas dan pilih menu Carian Nama/ E-INFO

Langkah 2: Pilih menu Carian Nama dan Pembelian Profile Syarikat

Langkah 3: Daftar dahulu nama anda dengan memilih menu Register as e-Account Member. Pendaftaran adalah percuma
Langkah 4: Isikan maklumat sehingga lengkap, kemudian tekan butang submit
Langkah 5: Isikan Username dan Password, kemudian tekan butang submit
Langkah 6: Pilih menu Search untuk memulakan pencarian nama syarikat

Langkah 7: Isikan nama syarikat yang dikehendaki di dalam kotak bahagian By Name dan tekan butang search
Langkah 8: hasilnya anda akan dapat lihat beberapa senarai nama syarikat yang telah didaftarkan di SSM

Selamat Mencuba dan akhir kata Wassalam