Friday, February 11, 2011

PASAR BORONG VS PASAR BESAR MACHANG

Sebelum balik ke Shah Alam, sempat lagi aku pergi shopping di Pasar Borong dekat Jalan Tanah Merah. Pergi bukan apa, saja nak cari Petai dengan Keropok Lekor...aku bandingkan harga dengan Pasar Besar Machang...Hasilnya..

Petai
Pasar Borong RM4.00 seikat
Pasar Machang RM3.00 seikat
Pasar Pagi Isnin RM5.00 seikat

Keropok Lekor
Pasar Borong RM1.50 sebatang
Pasar Machang RM1.00 sebatang

uih...sepatutnya pasar borong la lagi murah..ini tak lagi mahal adalah...nasib baik aku bandingkan harga dulu..dah la nak beli banyak sebab nak bagi anak beranak yang ramai ni...

Lepas je shopping sempat lagi makan mee goreng basah lagi..lepas tu pusing bahagian barang-barang basah..komen dari peniaga katanya barang-barang seperti fishball dan fishcake susah nak dapat supplier...fishball yang aku tengok tu datangnya dari Selangor...kalau la aku dapat supply gerenti aku boleh conquers Kelantan Market...hehehe..satu lagi peluang bisnes kat KG aku...kena p kursus ni...adios.

Monday, February 7, 2011

AKTIVITI SEMASA BERCUTI

Semalam lepak kat kedai mkn tepi kolam pancing untuk tgk bola chelsea vs liverpool..sejuk sampai ke tulang..dah la lokasi berdekatan dengan sawah padi..duduk pulak atas kerusi batu..meja batu..setakat air panas sekejap je dah jadi sejuk...sambil tengok bola..air embun menitik jatuh atas lengan...huh...separuh masa pertama dah kena halau balik...alasan towkey kedai..anaknya besok sekolah..la..yang sekolah anak dia bukan dia..padahal boleh je dia tinggalkan sorang pekerja untuk monitor customer..customer punya la ramai..semua frust..macamana nak meniaga kalau camni..keutamaan customer tak dilayan...padahal baru pukul 12.30 malam..tengok kedai mamak di KL..layanan punya la dasyat..siap bukak 24 jam lg..camana melayu nak maju kalau berniaga ada time rehat..customer tak diutamakan...

Balik rumah tidor umah makcik aku..esoknya pagi-pagi lagi aku dah pergi pasar pagi kat pekan Machang..syok shopping kuih-kuih..abih shoping kitaorang pergi pekena mee goreng basah dekat dalam bangunan pasar..dulu kita panggil dia Sogo Machang...sebab macam-macam ada dijual..dari ikan..ayam..sampai la ke pakaian..beg..dan macam-macam lagi..sambil-sambil lepak makan mee sempat la jugak tengok telatah orang dalam pasar..macam-macam karenah..hehehe...habis balik rumah tidor sekejap lepas tu terus ke perpustakaan desa layan jalur lebar (wifi)..layan facebook dengan update blog...

target malam ni nak pergi pasar malam nak beli kereta kontrol pasal kita dah buat litar kat depan rumah makcik..hehehe...apa lagi malam ni kita merempit...machang..aku cabar kau...(teringat kata-kata rosyam nor dalam kl menjerit)..adious

Sunday, February 6, 2011

PELUANG BISNES DI KG

Satu hari my cousin datang ke rumah untuk dicuss pasal projek yang perlu dibuat untuk memajukan kampong...katanya dia teringin nak buka kedai santan..sebagai salah satu kedai yang diperlukan oleh projek laksa yang bakal dimajukan oleh koperasi kampong ini..datang idea apabila dia ke pekan untuk membeli santan..punyalah susah..sebab kebanyakan kedai habis dijual..bagi dia modal tidak jadi masalah..cuma kena ada soerang yang sanggup menjaga kedai tersebut..kamudian aku cadangkan supaya dapatkan bantuan daripada peladang..sambil-sambil tu aku cadangkan untuk tanam limau nipis di belakang rumah..boleh la juga untuk backup modal kelapa...

Harga purata ~ sumber http://www.famaxchange.org

Limau nipis RM3.00/kg
Limau kasturi RM2.50/kg
Limau purut RM8.00/kg
Kelapa kupas RM1.50/sebiji
Kelapa parut Rm4.00/kg
Santan RM6.00/kg