Tuesday, June 21, 2011

PENGURUSAN KEWANGAN SYARIKAT

Sabtu dah Ahad baru-baru ini saya telah menghadiri satu kursus keusahawanan dan perniagaan di Kolej Komuniti Banting. Penceramah yang dijemput khas ialah En. Rosdi Mohamed Pegawai MARA Daerah Kuala Langat. Beliau mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam menguruskan pembiayaan perniagaan. Pelbagai kisah, teladan boleh diambil semasa seminar ini.

PENGURUSAN KEWANGAN
Satu proses mengurus dan merancang sumber dan penggunaan kewangan perniagaan bagi mencapai objektif syarikat

OBJEKTIF PENGURUSAN KEWANGAN
  • Merancang Penggunaan dan Penggunaan dan Keperluan Kewangan
  • Merancang dan mengenalpasti sumber kewangan
  • Mengawal Kewangan Perniagaan
  • Mengurus kedudukan kewangan perniagaan
  • Menganalisa dan melaporkan prestasi perniagaan
KELEMAHAN PENGURUSAN KEWANGAN BUMIPUTRA
  • Tidak mempunyai rekod –rekod perakaunan
  • Menyalahgunakan modal
  • Tidak mempunyai Rancangan Kewangan (Financial Planning/Budgeting/Cash Flow )
  • Sistem penetapan harga yang kurang tepat
  • Terlalu bergantung kepada Modal Pembiayaan
  • Ambilan yang berlebihan untuk kegunaan sendiri ( Personal Drawings ) daripada perniagaan
  • Keuntungan yang diperolehi tidak dilaburkan semula ke dalam perniagaan
  • Kawalan Kredit (credit Control ) yang tidak kemas
MENGAPA USAHAWAN GAGAL MEREKOD URUSNIAGA
  • Tiada Pengetahuan
  • Tidak Penting
  • Sibuk dengan urusan lain
  • Malas untuk mengamalkannya
  • Kaedah terlalu sukar
MENGAPA URUSNIAGA PERLU DIREKOD
  • Daya ingatan manusia terhad
  • Merupakan sejarah dan bukti lengkap perniagaan
  • Tugas manusia semakin rumit
  • Memudahkan penyediaan penyata kewangan
PENYATA KEWANGAN
  • Penyata Perkilangan
  • Penyata Pendapatan (Akaun Untung & Rugi)
  • Kunci Kira-Kira
  • Aliran Wang Tunai

No comments:

Post a Comment