Monday, June 20, 2011

SYARIKAT KERJASAMA KOPERASI

Teringat semasa saya pergi kenduri di Jengka, Pahang. Ada seorang ibu tunggal wakil kepada persatuan ibu tunggal Jengka bertanyakan tentang Koperasi. Saya terangkanlah serba sedikit setakat yang saya tahu. Kemudian saya buat internet research

SYARIKAT KERJASAMA (KOPERASI)
Pada kelazimannya syarikat ini ditubuhkan dan dikendalikan dgn berlandaskan konsep serta semangat kerjasama dan saling bantu membantu ahli-ahli syarikat. Oleh itu kebajikan dan kerjasama adalah dititikberatkan drp pembahagian untung. Jumlah ahli syarikat biasanya tidak kurang dari 100 orang.

DIVIDEN DAN KEUNTUNGAN SYARIKAT
Oleh sebab kepentingan bersama ini diutamakan, di dlm undang-undang syarikat kerjasama, lazimnya terdapatlah undang-undang bahawa pembahagian dividen itu dihadkan tidak lbh drp 10% pd setiap tahun. Sebaliknya keuntungan syarikat tersebut akan digunakan utk kebajikan ahli-ahli dgn cara lain spt dgn memberi biasiswa kpd ahli-ahli syarikat tersebut.

TANGGUNGAN SYARIKAT
Syarikat kerjasama dikecualikan dari bayaran cukai jika syarikat tersebut mematuhi syarat-syarat yg ditentukan undang-undang . Ini adalah hak istimewa yg menjadikan syarikat k/sama itu lbh menarik drp SUB atau SSB. Jadi bagi mereka yg tidak mempunyai banyak modal dan tidak berhadapan dgn pembahagian dividen di dlm satu-satu perniagaan itu, syarikat k/samalah yg sesuai dimasukki.

PENDAFTARAN
Bayaran bagi mendaftarkan syarikat kerjasama ini adalah kecil. Perbelanjaan hanya sebanyak bayaran untuk mencatat undang-undang kecil (bye-law) sahaja.

HAK AHLI
Seorang ahli syarikat kerjasama mempunyai satu undi sahaja di dalam Mesyuarat Agung syarikat. Walaupun ia mempunyai lebih banyak modal daripada ahli-ahli lain.

KEBAIKANNYA
Mudah untuk ditubuhkan
Bayaran pendaftaran yang kecil
Tanggungan ahli-ahli terhad kpd modal yang dilaburkan
Bergerak atas prinsip keperluan dan kebaikan serta kepentingan bersama
Dikecualikan drp bayaran cukai
Modal yg diperlukan adalah secara caruman drp ahli-ahli dan mudah diperolehi

KEBURUKANNYA
Pembahagian dividen dihadkan tidak lebih drp 10% pada tiap-tiap tahun
Tiap-tiap ahli berhak satu undi sahaja, tidak berdasarkan jumlah modal yang dilaburkan
Hanya boleh ditubuhkan dgn bilangan ahli lebih drp 100 orang

No comments:

Post a Comment